hanya ALLAH ♥

Assalamualaikum..

okey entry kali ini kita tak cerita dah pasal cinta aku lagi, tapi kita cerita tentang semua cinta yang ada dalam muka bumi ni, and entry ini especially untuk mereka2 yang rasakan cinta tu adalah segalanya sampai sanggup post kat FB tu hari2 tentang cinta, haih ade yang post tentang kecewa dengan cinta ada yang post bahagia dengan cinta, yang bahagia tu elok la, yang tak berapa nak bahagia tu, meh aku kasik sikit pendapat aku kat korang n mana la tahu boleh hilang sikit rasa sedih tu ye dak??? haha. ;D

okey, 1st aku nak cerita tentang satu hari aku tanpa dia, dan aku ingatkan aku tak boleh hidup tanpa dia, nak tahu kenapa? sepanjang aku "hidup tanpa dia", aku amek masa ni dengan dekatkan diri aku dengan yang kat atas tu, TUHAN yang menciptakan kita. dan secara tidak langsung segala masalah aku menjadi terlalu ringan, nak tahu, ALLAH tu maha adil, DIA takkan biarkan hambanya menderita dengan perkara yang belum pasti, aku menangis, memohon pada-NYA sebab aku malu, aku bodoh, aku mohon pada-NYA saat aku susah, walaupon aku terlalu sombong dengan-NYA tapi DIA tetap akan bantu hamba2-NYA yang dalam kesusahan. susah untuk kita nilai cinta ALLAH pada kita, mungkin kita tak nampak sekarang, tapi satu hari akan ada sinar dalam hati ini.

mengadu pada FACEBOOK yang tak mampu buat apa2. untuk apa? aku belajar dari kesilapan, walaupon kita lemah tapi kita tetap ada tempat yang lebih berkuasa yang mampu tolong kita dalam keadaan apa pun, kenapa kita perlu bersedih andai cinta yang belum tentu menjadi hak kita pergi? cinta itu milik ALLAH, nak tahu dugaan apa yang ALLAH akan bagi pada mereka yang terlalu taksub pada cinta manusia? apa yang terlalu kita sayang itulah yang akan ditarik balik oleh-NYA supaya kita sedar bahawa itu bukan milik kita walau sekuat mana pun cinta tuh, jadi tak perlu Kita melatah terlalu awal sekiranya sesuatu yang kita terlalu sayang hilang sekelip mata, itu tandanya ALLAH sayangkan kita.
jangan sesekali salahkan takdir, kerana takdir itulah yang akan bawa kita kepasa sesuatu yang lebih baik dari yang sebelumya..

mintaklah petunjuk dari ALLAH sekiranya kita benar2 dalam keadaan yang boleh bawak kita pada murtad, mengagumi seseorang sama seperti kita memujanya, bukankah itu syirik walaupon pada asalnya kita hanya meminati.. fikirlah, ada kuasa yang lebih besar di atas sana yang mampu ubah nasib kamu dengan lebih baik dari sekarang, syukur alhamdulillah sebab aku mampu hidup tanpa dia walaupon cuma satu hari dan ALLAH pulangkan kembali hati aku pada yang berhak, tapi andai hati ini bukan miliknya, aku redha dengan semuanya..
akak aku selalu pesan, cinta itu milik ALLAH, kalau dia bukan jodoh kita, terima seadanya sebab ALLAH akan sentiasa bagi yang terbaik, jangan risau kalau hati kita tidak dimiliki untuk beberapa tahun sebab setiap yang ALLAH jadikan semuanya berpasangan, cuma kita perlu berusaha untuk menemuinye.. berdoa tanpa usaha takkan berjalan kan? jadi usaha, tapi andai insan yang kita sayang itu bukan hak kita, maka tahulah hati ini milik orang yang lebih baik.. bukan kerana kita yang tidak sempurna untuknya, tapi dia bukan yang sempurna untuk kita, untuk fahami hati dan perasaan kita. :')

With_Love_by_h23b

selagi aku mampu, selagi ada ALLAH dalam hati aku. aku percaya cinta ini akan aku jaga dengan sebaiknya.
aminnn~ :')

No comments:

Post a Comment