cinta
memang sangat susah kita nak tafsirkan kan.
kadang kita rasa cinta, tapi sebenarnya cinta itu kadang-kadang bukan untuk membenarkan kita mencintai seseorang, tapi membenarkan keadaan itu untuk kita belajar apa erti cinta.
aku selalu berfikir, kenapa Allah beri kita pilihan? beri kita untuk bertemu dengan orang yang salah untuk kita cinta, sedangkan lebih indah kalau kita bertemu dengan insan yang benar-benar diciptakan untuk kita, kenapa perlu jumpa orang yang salah??
ya, terlalu bodoh aku untuk menilai kuasa Allah.
benarlah, kita tidak akan tahu apa-apa tentang sesuatu apa pun dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
sekarang aku faham, betapa Mulia-Nya Allah, betapa hebatnya kuasa mu ya Allah, sebab Dia nak kita belajar untuk lebih menghargai insan yang bakal hidup dengan kita satu hari nanti. untuk kukuhkan lagi cinta dengan insan yang benar-benar diciptakan untuk kita. aku bersyukur ya Allah, Bersyukur dengan segala yang Kau beri, beri rasa cinta pada setiap insan yang Kau tiupkan rohnya di dunia-Mu ini.
ya Allah.
Kau tetapkan rasa cinta ini pada-Mu ya Allah,
Kau kukuhkan lah rasa cinta ini pada kekasih-Mu, Muhammad,
tetapkan lah rasa cinta ini pada kedua ibu bapaku ya Allah,
Kau tetapkanlah rasa cinta ini pada keluargaku ya-Rahman,
dan Kau semat dan kukuhkan rasa cinta ini pada insan yang Kau ciptakan untuk aku lengkapi tulang rusuknya....

sayang...
andai aku adalah jodohmu yang sudah ditetapkan oleh-Nya,
terimalah aku dalam hidupmu,
terimalah segala kekuranganku yang mampu buat kau lebih kuat dan tabah,
terimalah kelebihanku agar kau tidak rasa sendiri dalam rumah tangga kita satu hari nanti.
dan dengan nama mu ya Allah,
akan aku lakukan yang terbaik untuk suamiku kelak, terima kekurangan dan kelebihannya..
agar masjid yang dibina terus kukuh dengan rasa cinta yang Kau lahirkan untuk kami ya Allah
tapi..
kiranya aku bukan jodohmu,
sematkanlah cinta ini dalam hatimu sebagai sahabat mu hingga akhirnya.
jangan kau pergi tanpa ingatkan aku bahawa aku sahabat mu walaupon tiada jodoh untuk kita bersama hingga ke Jannah.
pesanan ku..
semoga kau bertemu dengan insan yang mampu bahagiakanmu seperti mana harapan aku untuk lihat dan cuba untuk bahagiakan kamu sayang.. :')
salam sayang. ~

No comments:
Post a Comment