matured. !

"semalam mungkin kita tak mampu tangani masalah,
tapi hari ini, belajarlah untuk menjadi lebih matang.."



dari tadi sebenarnya aku dok stalker blog orang. hakikatnya aku bosan, dan kemalasan aku semakin sampai pada tahap kritikal. see.! esok kelas wa kol 8 beb, ade presentation lagi. wa boleh dok mencongok depan lappy wa siap tulis blog lagi. ape cer? biarlah yang penting aku tak kacau hidup orang lain. mohon maaf pada sayang saya yang kena tinggal sehari semalam sebab aku terlalu syok baca blog orang sampaikan aku lupa nak reply bbm gemok aku.  lampu bb tu dah menyala-nyala mintak aku balas bbm aku. haha. tapi malangnya blog korang lagi exciting dari bbm gemok ! :P

dari penglihatan aku baca blog orang, well aku sendiri dapat agak yang kita belum matang even umur da 17,20, dah 24, dah 25. ape la, setiap blog mesti ada terselit nama pakwa masing2. tak letak nama pakwe pon letak la panggilan <------termasuklah aku. take note utk diri sendiri! mesti ada la untuk setiap page. haish. itu namanya tak matang. ! walaupon kau nampak matang, tapi hakikatnya korag dan aku memang belum matang. lepas tu berebut lelaki sana sini. demn ! yang paling kelakar beb, jadik kat aku lah ni.perempuan tu cakap macam nie kat perempuan tu. "tak tau malu, jangan terhegeh2 dengan pakwa orang." then PRANGG!! kena balik beb kat muka kau. hahahaha! kalau kau baca memang seronok la kau terasa beb. kau buat orang, then sekarang kau pulak yang kena balik. itu namanya KARMA! yes karma. kau nampak tak aku caps lock tulisan tu. KARMA!

kau tu hanya tau cari publisiti, nak jatuhkan maruah aku depan orang2 yang aku kenal. then PRANGG! lagi sekali, benda tu kena kat muka kau balik. then KARMA again ! aku dah cakap. sabar tu separuh dari iman. kita tengok dan lihat jek apa yang orang buat kat kita kan. then kena lah balik kat muka kau yang konon2 model tu. aku bukan nak cakap apa, muka kau yang kunun cantik tu tak menjamin apa2 lah wahai sayang. kalau hati busuk. memang tu la makanan yang kau dapat.. tenung diri lama-lama depan cermin, tengok lihat lama-lama. tu bukan hak kau. tak payah nak sombong sangat dengan apa yang kau ada. sekejap jek kalau Allah nak tarik. ANYTIME. tolong jangan hina orang lain. orang lain sama macam kau manusia biasa yang tak pernah terlepas dari buat silap. so untuk apa kau maki dia hanya kerana satu kesilapan. hidup kita ni macam circle tau. apa yang kita buat, satu hari nanti kita akan rasa.


then korang gaduh.now.? dapat laki yang korang nak? jodoh tu kerja Allah. kita ni hanya merancang.
Although they plan, Allah also plans, and Allah is the best of planners.
kita hidup hanya sekali, belajarlah. belajar untuk jadi lebih matang. sebab aku sendiri sedang belajar untuk faham apa itu matang. kita bukan  hidup untuk memusuhi tapi hidup untuk disayangi dan menyayangi orang sekeliling kita, bersangka baik atas semua perkara. setiap yang berlaku ada hikmahnya. dan pasti apa yang Allah beri itu adalah yang terbaik untuk kita. :)

No comments:

Post a Comment