nota untuk dia..

"Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, 
Pasti suatu ketika kita akan bertemu.
Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu,
Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku,
kerana jodoh itu rahsia Allah."


that day aku lepaskan kau pergi, aku ingat yang antara kita dah takde jodoh, tapi kau balik. balik pada aku, dan aku yakin yang aku tercipta untuk kau. setiap doa aku, aku harapkan yang Allah akan sentiasa kuatkan, teguhkan kasih sayang antara kita. tapi andai kau bukan jodoh aku, aku redha jauhkanlah cinta ini dalam hati kita.
setiap hari saya dengar rintihan awak, keluh kesah awak hidup sebagai student. betul sayang. banyak pancaroba yang kita kena hadapi sebagai pelajar. masalah wang, masalah pelajaran, masalah cinta. semua tu jadi satu beban bila kita hadapi masalah tu sorang diri. saya rasa, sebab saya jugak seorang pelajar. rasa macam mana susahnya hidup jauh dari keluarga, terus bersedih sampai saya lupa yang saya ada Allah yang sentiasa ada saat susah dan senang saya. kita selalu ingat Dia waktu kita susah, tapi kita lupa yang Dia sentiasa jaga kita saat kita susah dan senang, saat kita jauh dari keluarga.

lately lepas banyak masalah yang saya hadapi, saya amek peluang ni untuk dekatkan diri saya dengan Allah. sentiasa amalkan baca Quran, sumpah demi Allah, saya rasa tenang sangat. dan saya nak awak turut sama rasa tenang yang saya rasa sekarang. saya selalu mintak pertolongan Allah masa saya susah, tapi masa saya senang, saya lupa, saya lalai. tapi Dia? Dia sentiasa ada saat saya susah dan senang. bertapa sayangnya Allah tu pada kita..



Afiq Izzuddin,
setiap hari kita akan ditimpa ujian Allah, keluarga awak akan sentiasa ada dengan awak, dan yang paling penting Allah tu akan sentiasa ada untuk jaga awak. dan dalam setiap doa saya, pasti terselit doa supaya Allah tolong jagakan awak, saat awk jauh dari jalanNya, saat awak hampir kecundang dalam arus dunia. hidup ni bagai roda. kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah. memang betul saya takda dekat awak saat awk susah, tapi doa saya tak pernah putus untuk awak supaya awk lebih kuat. hanya tu yang saya mampu lakukan saat saya jauh. doa.. biarlah kita susah sekarang, jangan kita susah nanti. jadikan dugaan Allah ni sebagai kekuatan kita sebagai pelajar, masalah kewangan, masalah pembelajaran, biar kita susah sekarang hadapi masalah ni, agar kita tak ulang dan jadi pada anak2 kelak. usaha. tawakal dan brserah pada Allah. dia maha mendengar, dan dia maha mengetahui apa yang tak kita ketahui. Awak kuat, dan awak akan sentiasa kuat di mata saya dan keluarga awak. dan saya akan sentiasa doa yang terbaik untuk awak sebab tulang rusuk ni milik awak.. :')

salam sayang

No comments:

Post a Comment