grateful to Allah.

Alhamdulillah, semakin hari, aku rasakan banyak perubahan yang aku alami sepanjang 2 minggu. syukur pada Allah, kerana aku masih mampu bernafas, mampu berjalan, mampu melihat, mampu mendengar. cukup nikmat yang Allah berikan pada aku. syukur jugak tak terkira kerana hubungan aku dan dia semakin beroleh kebahagiaan. aku harapkan perubahan ni, kebahagiaan ni biarlah sampai penghujung hidup aku.  

alhamdulilah, aku semakin rasa dekatnya diri ini dengan Allah, semakin tenangnya diri ini. ye, bukan bermaksud aku berubah dengan bertudung labuh, bukan berubah menjadi ustazah,bukan berubah untuk jadi manusia yang sempurna, cukuplah bila aku mampu untuk tidak meninggalkan apa yang wajib, semakin menjinakkan diri melakukan yang sunat. penuhkan ilmu Islam dalam dada aku. Benar, mana ada perubahan ke arah kebaikan ni yang takkan ada dugaannya. pasti maha hebat dugaan yang akan aku hadapi kiranya ini jalan yang aku ambil. tapi nekad, islam itu tidak memaksa, malah memberi kita ruang untuk berfikir, mana yang baik dan mana yang buruk.  

aku sedar, kesilapan dulu takkan boleh aku undur kembali, tapi aku yakin, masa hadapan yang akan menunggu kita itu pasti aku boleh cipta dengan penuh keberkatan Mu. setiap doaku, aku mohon ketenangan hati, kekuatan iman, supaya aku tetap teruskan usaha walaupun sedikit untuk dekatkan diri ini denganMu. 



cinta dan sayang itu sesuatu yang subjektif, kita tak boleh nak mengukur cinta dan sayang dengan membandingkannya dengan sesuatu, sungguh aku dapat rasa cinta yang hadir kali ini, cinta yang diberi olehMu ya Allah, aku mencintainya kerana agama yang ada dalam dirinya, aku mencintainya kerana Dia lebih mencintaiMu,maka bila hilangnya agamanya, hilangnya cinta dia padaMu, maka hilang cinta aku buat dirinya.

ya Allah, keberkatan darimu aku harapkan, moga kasih dan sayang kami dalam redha dan lindunganMu. walau besar dugaan, walau besar cubaan, mohon ya Allah, permudahkan urusan kami, perbaiki kesilapan kami. pulihkan kasih sayang antara kami, agar cinta dan sayang ini takkan pernah pudar untuk Kau, dan untuk diri kami.
percayalah, Hanya Allah dalam hati aku, aku serahkan cinta aku padaMu ya Allah,
 agar Kau mempu berikan cinta padaku untuk dia berlabuh. dan aku harap bukan untuk seketika cuma, 
tapi untuk selamanya..


No comments:

Post a Comment