Muhammad Afiq Izzuddin

Seminggu berlalu. ye mungkin ini yang terbaik untuk kita. menangis semahu mana pun kalau tiada cinta dalam hati, semua takkan berubah. kesilapan demi kesilapan takkan pernah lari dalam diri semua manusia. tipu kalau aku kata aku lah manusia paling perfect. sedang Adam juga melakukan kesilapan. aku percaya pada takdir, pada jodoh. itu bukan atas urusan aku. semuanya atas urusan yang di Atas sana. aku cuma pelakon yang cuba mengikut rentak yang diberi. hamba yang lemah, hamba yang tak berdaya. aku pasrah, aku redha. tak semua yang kita rancang akan berjaya, walau sehebat mana perancangan kita, maha hebat lagi perancangan Allah untuk kita.

ya, mungkin bukan sekarang. tapi aku sedar akan ada ruang dan masa untuk kita kembali ke masa dulu. mungkin bukan sekarang, mungkin akan mengambil masa berminggu, berbulan, malah mungkin bertahun. tak banyak yang aku minta dalam hidup ni, cuma aku ingin bahagia yang kekal abadi walaupun pahit itu perlu ada untuk aku sentiasa kehadapan.

jauh lagi perjalanan kita sayang, sy redha dengan apa yang dah di tentukan. bukan sekejap, 2 tahun dan mungkin kan ambil masa bertahun juga untuk saya cuba hadapai keadaan ini. senyum adalah satu2 nya cara terbaik. bersabar kerana aku tahu bahagia akan menjelang nanti. sakit sekarang mungkin balasan atas kegembiraan, kelalaian kita pada masa lalu. pergilah cari diri mu. aku sentiasa doakan yang terbaik. takkan ada pengganti bagi diri kau.. cukuplah sakit ini aku tanggung untuk kali terakhir, aku tak mampu menempuh, mengorbankan hati untuk insan yang mungkin tak akan menghargai aku.

Dear Muhammad Afiq Izzuddin,
sepanjang peninggalan aku, jaga dirimu, jaga tingkah laku mu, jaga solat mu, jaga percakapan mu. jaga mereka yang kau sayang. ye, mungkin ada yang lebih baik dari aku di luar sana, aku sedar aku bukan manusia yang sempurna, mulut saja aku berjanji akan berubah, tapi inilah hakikat, manusia memang diciptakan tanpa kesempurnaan, takkan pernah lepas dari salah, kerana itu aku tak pernah menyalahi mu andai kau berubah hati. andai kau berubah perasaan pada aku. kerana aku tau, itu bukan dibawah kawalan kita. biarlah yang berlaku jadikan pengajaran. bukan aku tak sayang, kerana terlalu sayangkan kau, aku pergi melarikan diri untuk beberapa ketika. kerana terlalu sayang, aku relakan hati aku terluka untuk lihat kau tenang, dan bahagia tanpa gangguan dan paksaan dari aku. cinta dan rindu yang ada untuk kau aku percaya, semuanya adalah kerja Allah, Dia yang menautkan hati kita. tak aku salahkan takdir kerana tak mampu lupakan kau,kerana aku percaya kiranya kau bukan jodoh yang diciptakan untuk aku, Allah akan tarik segala nikmat cinta dan rindu pada kau. selagi masih ada sayang, selagi masih ada rindu, aku akan sentiasa palingkan hati untuk kau..

saya homat segala keputusan awak. andai keputusan awak ni menyakitkan diri, menyakitkan saya, fikirlah cara terbaik untuk kita supaya antara kita tak ada yang sakit, tapi andai kata keputusan awak ini membahagiakan awak, abaikan kesakitan saya, teruskan dunia baru awak. jangan pernah rasa berslah. sebab cinta dan sayang tu kurniaan Allah. biarlah ia terus kekal.. :')

salam sayang.. :'')
Assalamualaikum.

1 comment: